Pages

Friday, 28 December 2012

Kesegaran bumi Tuhan





  Allah itu baik dan penyayang,buktinya Allah mencipta bumi untuk kita berpijak sekarang..cipta air untuk kita minum,membasuh,mandi..cipta pokok dan haiwan untuk sumber zat kita..cipta langit untuk kita berlindung dari panahan cahaya matahari..dan cipta udara untuk kita bernafas..Allah tak pernah pilih kasih,Allah memberi kepada semua makhluknya..India,Cina,Melayu,Islam mahupun bukan Islam,semua dapat nikmat Allah,takde yang terkecuali pun..tapi yang menjadi persoalannya sekarang,pernahkah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang??(tepuk dada,tanyalah diri masing-masing).
  Kadang-kadang kita lupakan apa yang sepatutnya kita perlu lakukan,begitu juga dengan saya.Semalam saya kena "BRAIN WASH" dengan lecturer tutor (bukan saya soranglah,satu kelas kena ..hehe.),Nama lecturer tu..ermm..tak yah tahu lah,tapi yang pastinya dia sangat kacak (status:kawin suda..),kami panggil dia sir Am..ok balik pada perbincangan kita..perbincangan ke??apa-apa la..erm..Dia marah sangat sebab pebungkus gula-gula yang di buang merata-rata.Nampak 'simple'kan sebabnya?tapi tahukah anda,itu sebenarnya perkara asas kehidupan manusia,kalau kebersihan tak dijaga macam mana kita nak jadi manusia berjaya kelak..betul tak??
   Macam-macam la celoteh dia,dekat tersengguk juga la aku mendengar(shhh..jangan bagitau sape-sape ye).Sir Am kata  kalau nak jadi pelajar yang cemerlang kene la master perkara asas dulu..Selain kita dapat pahala,kita juga dapat mengurangkan pencemaran yang sangat banyak berlaku kat negara kita yang MERDEKA ni.Kadar kematian pun mungkin dapat dikurang juga sejajar dengan kebersihan yang kita jalankan.Sebagai contoh,negara Singapura,cantik dan bersihkan??pada yang pernah pergi tengok la..Kerajaan mereka sangat menitik beratkan tentang kebersihan..dan apa yang hebatnya,semua penduduk mematuhinya..Banding dengan negara kita,memang jauh panggang dari api.Sampah,ikut hati je nak buang merata-rata..ish.langsung takde sivik..
  Taknak cakaplah,nanti macam-macam keluar pula..k guy,that all from me..k bye..:)

  
 
 

No comments:

Post a Comment