Pages

Sunday, 27 January 2013

Bila politik dipersoalkan..

assalamualaikum,alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerna d'beri kesempatan untuk terus bernafas d'bumi Allah ini.

Topik pada hari,bukanlah
tujuan anim untuk berpolitik atau berparti,cuma nak mengutarakan sedikit pendapat je.Mintak maaf kepada mana-mana pihak yang terasa dengan kenyataan anim nanti.

Pada 2minggu yang lalu,anim ada berbual dengan beberapa sahabat anim tentang kes sebuah forum.Tambahan pula anim dan salah seorang dari sahabat anim sudah pun menonton kisah tu di Youtube .Bertambah hangatlah perbualan kami masa tu.Masing-masing punya pendapat dan alasan masing-masing.Memang anim tak nafikan pelajar itu memang layak mengutarakan pendapat dia,dan pada penceramah tu pula,dia tak boleh berkelakuan sedemikian.Menghentikan kata-kata pelajar itu dengan suara lantang dan berulang-ulang.Kalau anim pun anim akan berang sebab anim paling pantang orang cakap 1perkataan berulang-ulang dalam satu masa (even parent anim sendiri).Sekali atau dua kali,anim kira sudah cukup untuk buat orang faham.Erm,pasal berjabat tangan pula,memanglah menunjukkan rasa hormat pada orang tu,tapi kita perlu tengok juga tempat dan keadaannya.Jangan terlalu menunjukkan rasa riak dan ego tu,buat orang yang menonton rasa meluat dan benci.

Sebenarnya anim bukan berminat sangat nak cakap pasal tu,tapi bila sahabat anim meyentuh soal politik dan hak rakyat,anim rasa tercabar untuk mengutaraka soal ni.Cuba kita fikir apa yang telah berlalu di masa yang lalu.2parti bergaduh,perhimpunan BERSIH,keganasan di sana-sini.Semua tu sebab politik.Heyy!!cubalah buka minda sikit,apa yang kita dapat melakukan semua tu.Kita orang Islam duduk di tanah yang sama,mengapa kita perlu bergaduh sesama sendiri.??Anim geram sangat-sangat bila mengimbas kembali detik petempuran masa penghimpunan BERSIH hari tu,anim tak sokong mana-mana pihak pun,bagi anim dua-dua salah.Dua-dua fikiran tak matang.Kenapa anim cakap macam tu??sebab memang betul pun mereka macam tu.Ok cuba korang fikir,pergi berasak-asak dalam suasana yang panas dan merimaskan dalam tempoh masa yang lama,tak ke namanya membuang masa dan tenaga??Tambahan pula bawa anak.Tak kesian ke kat anak tu wahai ibubapa??Anak-anak tak bersalah,mereka masih kecil,ibubapalah yang perlu mendidiknya untuk kearah kebaikan bukan kearah keganasan!!Bila anak-anak kurang ajar,tinggikan suara,sepak terajang ibubapa,pandai mula nak marah,melenting.Habis yang ibubapa berasak-asak menentang sesama sendiri tu tak sedar pula.Anim cukup marah la,bila bicara soal ni.haishh..Pihak yang satu lagi pun 1hal,kenapa nak mencegah mereka buat perhimpunan??Biar je la,bukan mereka bawak senjata nak berperang pun.Hurm...tengok,sebab tak berfikiran panjang lah,banyak yang rugi,ramai yang cedera...Apa ke jadahnya semua tu??Malaysia ni dah MERDEKA,bukan negara yang BERPERANG lagi.Sudah,tak perlu nak menunding jari pada sesiapa.Duduk dan renung-renungkan kembali.Kalau keganasan disemai dalam diri,apa bezanya kamu semua dengan ISRAEL??Jangan terlalu mementingkan diri sendiri.Ingat generasi akan datang.Bersatulah demi kebahagiaan dan keamanan kita bersama.Tak kiralah siapa pun pemimpin kita,yang penting beliau adil dan menjaga prihal rakyat.

Akhir kata dari anim,semoga Allah memberkati apa yang kita lakukan hari ini,kerna esok tak pernah ada.:)

No comments:

Post a Comment