Pages

Saturday 19 January 2013

C.I.N.T.A



CINTA...Ada apa dengan cinta??Kenapa perlu ada cinta??Semua persoalan itu amat merunsingkan minda bukan???hurm..
Bila sebut pasal cinta semua orang tahu dan semua orang pernah merasa,cuma bezanya antara sedar ataupun tidak.Cinta itu indah??Ya,cinta memang indah tapi terpulang pada individu itu sendiri bagaimana dia menguruskan dan menilai cinta.Cinta itu bukan sahaja kepada manusia,tapi cinta itu luas..Cinta Allah,cinta Nabi,cinta para malaikat,cinta alam,dan yang terakhir cinta manusia.Cinta teragung adalah cinta Allah manakala cinta yang sementara adalah cinta manusia.Namun begitu cinta ibubapa penentu siapa kita.

Namun pada hari ini,manusia terlalu mengagungkan cinta sesama manusia,hingga sesat dalam kegelapan.Anim juga sama seperti kalian,anim terlalu mengagungkan cinta kepada manusia,sedangkan anim lalai untuk mencintai pencipta iaitu Allah yang maha Agung.Terlalu asyik dengan tipu daya dunia,sampaikan mencipta dunia anim sendiri.Last-last bila anim tewas dalam percintaan,anim kembali mengadu pada Allah.Sangat rendah diri anim.

Anim dah banyak kali kecewa dalam percintaan,tapi banyak kali juga anim mempetaruhkan diri untuk disakiti dalam percintaan.Namun sekarang anim dah letih untuk bercinta lagi.Anim dah letih untuk menangis kerana cinta.Anim dah letih untuk mencari cinta.Cinta sangat menyakitkan.Sudah terlalu banyak dosa yang anim buat kerna cinta.Cukuplah sampai d'situ,anim dah letih..

"Anim nak kembali pada PENCIPTA,sesungguhnya cinta kepada Allah adalah cinta hakiki"

Wahai LELAKI,dengarlah..

Hari ini mungkin kau miliki cinta hawa,
Namun esok mungkin cinta itu akan hilang,
Sesungguhnya cinta itu tidak lama,
Jika d'hati mu terdetik cinta beralaskan nafsu..

Jangan kau bermegah dengan apa yang kau miliki,
kerna itu hanyalah pinjaman dari Allah,
Buang sikap ego mu itu
Hargailah kurniaan Allah sebaiknya..

Hawa..
bukan d'jadikan Allah dari tulang kepala mu untuk d'junjung,
bukan juga dijadikan Allah dari tulang kaki untuk d'pijak,
Tapi d'jadikan Allah dari tulang rusuk mu untuk dijaga dan d'nafkahi..

Tolonglah wahai lelaki,
Buka hati,buka minda,
Peliharalah wanita seperti mana kau menjaga dirimu,
kerna dia salah satu dari mu....



No comments:

Post a Comment