Pages

Thursday 14 March 2013

Politik Oh Politik...

Semakin nak dekat PILIHAN RAYA,semakin itu la mereka asyik nak menunding jari sesama sendiri,padahal sama kaum dan agama tu.Smpaikan kes Lahad Datu pn nak dijadikan isu.Hurm..jujur anim pelik sangat dengan perangai sesetengah pihak.Siapa??itu tak perlu tahu la,semua orang ada mata untuk melihat dan menilai sendiri apa yang sedang berlaku sekarang.
   Kadang-kadang apa yang kita lakukan menunjukkan kebodohan kita sendiri.Kalau boleh kita renungkan kembali apa yang terkandung dalam cabaran WAWASAN 2020 iaitu cabaran pertama ialah MEMBENTUK MASYARAKAT BANGSA YANG BERSATU-PADU.Persoalannya,dapatkah cabaran ini diharungi kalau pemikiran kita sebagai rakyat Malaysia masih lagi KOLOT??Tak perlu nak marah atau melatah,cuba fikir balik dengan mata hati.Macam mana kita nak bersatu-padu kalau dah asyik nak bertikam lidah dan saling menunding jari sesama sendiri.Kita semua ni duduk dibawah lembayung yang sama,atas tanah yang sama,kenapa perlu wujudnya sengketa antara kita?Sepatutnya kita perlu bersatu untuk pertahankan negara kita tercinta.Kita tiada negara lain lagi,status di IC pun menyatakan kita warganegara Malaysia.Jadi tolonglah wahai sekalian manusia di bumi Malaysia,jangan bergaduh lagi.Bersepakatlah,agar kita dapat mengekalkan keharmonian negara untuk tempoh masa yang akan datang.
      Isu di Lahad Datu,tak perlulah kita menunding jari pada sesiapa,sebab kita hanya mendengar tanpa melihat bukti yang kukuh depan mata sendiri.Apapun yang terjadi atau siapa pun yang terlibat biarkan pihak berwajib yang siasat,dan apa pun keputusannya TUHAN MAHA MENGETAHUI..Kita di sini perlu mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita yang berjuang untuk selamatkan kita dan negara...TAPI!!!!!kalau rasa nak juga bergaduh,pergilah kat Lahad Datu sana,berguduh dengan pengganas,kurang-kurangnya dapat juga pahala,xde la d'bnci masyarakat..

Takde mood nak teruskan,tu je la kot..k,bye.

No comments:

Post a Comment