Pages

Wednesday 22 May 2013

Pengalaman mengajar erti kehidupan..


Ini kisahku..
Kerja sebagai seorang kerani bas dan penjual surat khabar serta majalah,dalam pada waktu yang sama bukanlah kerja senang.Ia memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang besar,mana taknya,nak jaga pelanggan lagi,nak jaga bas lagi.Kadang-kadang tu,bila tiba musim cuti atau penghabisan cuti,ramai pelanggan yang datang sampaikan tak menang tangan.Kena marah,kena toce,memang dah jadi perkara kewajipan buat orang yang bekerja seperti itu,tak terkecuali jugak anim.Penah jugak,d'sebabkan kesalahan orang lain,anim yang kena menanggung akibatnya.Nampak macam tak adilkan,tapi apa boleh buat,anim hanya manusia biasa,yang baru hendak belajar selok-belok dunia,nak atau tak,rela atau pasrah,anim kena juga sabar hadapi semua itu.Kata orang pengalaman mendewasakan kita.Ya,memang betul pun,setiap apa yang anim lalui dalam hidup ini,banyak mematangkan anim.

Ayah cakap,anim anak yang pandai berdikari,tak menyusahkan dia.Rasa nak menitis airmata dengar.Hurm..anim memang tak suka menyusahkan ibubapa anim apatah lagi nak meminta-minta,bagi anim mereka ada banyak tanggungjawab yang perlu dipikul,selagi anim mampu,anim akan usaha cari sendiri.Anim bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang berada,dan bukan juga dari keluarga yang daif.Walaupun makan,tempat tinggal dan semua kelengkapan tak mewah,tapi kami tak mengemis.Alhamdulillah,selama 19tahun anim hidup kat dunia ini,belum pernah lagi putus makan.Hari raya pun meriah dangan warna-warni baju raya baru tiap tahun.Adik beradik anim ada tujuh orang,anim anak no2.Anim mula bekerja seawal umur anim 15tahun,tapi bukanlah bermakna anim tak bersekolah dah.Anim amik kerja partime sebagai kerani,di tempat kerja anim sekarang.Dulu waktu sekolah,tamat jam 1.45petang.Jadi pukul 2.45petang anim siap-siaplah untuk pergi kerja.Gaji tak ada sebesar mana tapi cukup untuk beli keperluan anim (kehendak kadang-kadang dapat juga d'miliki..hehe)..Selama 2tahun anim bekerja,selama itu juga,anim mendapat ejekkan dari kawan-kawan sekolah,tapi itu semua tak pernah mematahkan semangat anim(memang ada juga rasa malu,tapi lantaklah,ada ku kesah).Matlamat anim hanya satu,nak bantu ibubapa dan diri sendiri,kalau asyik nak dengar kata orang,bila kita nak maju.Betul tak??
Masa form5,anim ta dapat buat kerja sambilan lagi,sebab fokus untuk SPM yang bakal menjelang.Siang malam,anim bertungkus-lumus membuat persiapan untuk menghadapi SPM,orang balik pukul 2ptg,anim pukul 4 baru sampai rumah.Bukan pergi berfoya-foya ya,anim duduk kat sekolah dengan kawan untuk belajar sama-sama.Kalau duduk rumah,banyak pengaruh,buat anim jadi tak fokus je.Habis SPM,anim lega,dan kembali bekerja semula d'tempat lama,tapi sekarang dah tak partime lagi,tapi fulltime.Walaupun begitu,anim sempat kerja sebulan jew,lepas tu berhenti sebab bos anim sebar fitnah.
Jalan hidup anim tak terhenti di situ,anim memohon kerja lain,dan d'terima bekerja,alhamdulillah.4bulan kerja,lepas tu dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke KOLEJ MATRIKULASI PERAK.Alhamdulillah,sekali lagi anim bersyukur.Tuhan menyusun dengan sempurna jalan hidup anim.Itulah yang dikata rentetan kehidupan seorang insan yang bergelar manusia,apabila diberikan ujian Allah,d'janjikan ganjaran buat hamba-Nya yang bersabar.

#Setahun pun berlalu,anim telah tamat pengajian.Sekarang anim kembali bekerja ditempat mula-mula anim bekerja.Semua yang berlaku dulu,anim telah lupakan,setiap malam sebelum tidur,anim akan berusaha memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat jahat pada anim.Semoga Allah memberkati setiap yang terjadi..amin...

Sisipan gambar keluargaku..

 Aku dan adik,sebelum  keluar  memancing dengan ayah.





Kenangan semasa di Kelly's Castle..

No comments:

Post a Comment