Pages

Thursday 6 June 2013

WHX "kala aku dihimpit peristiwa itu"

Dari perkenalan salah nombor,menjadi adik-beradik angkat.Segala masalah dikongsi bersama,yang manis mahupun duka.Dua tahun berkongsi kisah,hati bersatu menjadi sepasang kekasih.Tiada lagi panggilan adik menyulam dibibirnya.Saat itu bahagia.Cinta dihati semakin hari semakin mekar mewangi.Tiada lagi nama lelaki lain dihati mahupun diminda,hanya dia,cuma dia.Inilah yang dikatakan kuasa cinta,penyakit kronik pun bisa sembuh segera.Hebat bukan??
            Namun,kehidupan ini ibarat roda.Kalau dulu aku megah diatas,namun kini aku sakit berada dibawah.Cinta yang kami sulam bersama rupanya rekaan semata-mata.Remuk hati ini hanya tuhan yang maha mengetahuinya.Jejaka yang kononnya ingin mengambi aku sebagai isteri rupanya PENGARAH SYAITAN DUNIA.Kejam dan zalim.Subhanallah...
Selepas apa yang aku miliki dirampas,dia pergi pada wanita lain.Ternyata selama ini aku adalah watak kepada cerita cinta yang direka.
             Aku tak bisa berbuat apa-apa,semuanya sudah terjadi,kini sudah 3tahun perkara itu berlalu.Aku tetap meneruskan hidup ku seperti sediakala,tiada apa yang perlu ku tangiskan,dia bukan yang terbaik untuk aku.Alhamdulillah,sepanjang perjalananku ini,aku berjaya mengharungi dugaanku sendiri.cuma....8 Jun 2013,hari yang akan membawa aku untuk mengimbas kembali memori itu.Dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya.Sedangkan aku masih disini berteman mimpi ngeri.

Kenapa perlu kau mengingatkan aku tentang hari kahwin mu??Sengaja mahu menduga atau kau bahagia lihat aku menderita..”




#Sabarlah wahai hati,jangan pendamkan lagi kerna itu bisa buat kau terluka.Ingat!!linangan airmata tak mampu menghapus semua cerita duka.

No comments:

Post a Comment