Pages

Thursday 19 December 2013

Dinner SBT





Malam Dinner SBT yang enjoy walaupun aku masih lagi terluka.Muka masa tu
jangan cakap la,memang nampak macam orang nak meninngal dah.Pucat semacam jew(tapi sebab ada kawan-kawan,aku masih mampu mengukir senyuman walaupun hanya beberapa ketika).




 Dress yang aku beli 2bulan yang lalu,alhamdulillah aku masih mampu memakainya,takde kecik sangat,dan tak longgar sangat,sedang2 je dengan badan aku.Mana taknye,sejak dari kejadian pilu itu,aku tidak lagi menjamah nasi atau makanan lain.Kalau ada pun,cumalah sedikit sahaja sekadar memenuhi permintaan badan yang inginkan energy.Aku bukan berdiet,cuma ntah la,selera makan aku padam tiba-tiba.Tiap kali aku lihat makanan aku jadi tak bernafsu nak makan.Mungkin sebab terbawa-bawa masalah itu.Pada malam dinner tu pun aku tak makan,cuma minum air je.


Kamu yang membaca mesti fikir aku nie bodohkan,sebab cinta aku siksa diri aku sendiri sampai tak makan bagai.Belum tentu itu jodoh aku kan?.Tapi kamu semua tak akan pernah fikir dan tak akan pernah faham,apa yang sebenarnya aku rasa.

"Memang dia bukan jodohku,tapi aku berusaha menjadikan ia sebagai jodohku.Memang jodoh telah tertulis,tapi tak salah kalau kita usaha cari jodoh kita sendiri."

Nak tahu kenapa aku kecewa macam nak gila??Sebab aku yakin dia jodoh aku.Bila aku lihat wajahnya aku rasa tenang walaupun dia tak sekacak Aaron Aziz.Bila aku lihat senyumannya,aku lupa masalah yang membeban jiwa.Dia selalu jadi pendengar pertama bila aku rasa mahu berkongsi.Dia sabar je dengar walaupun kadang-kadang aku cerita,yang sebenarnye tak ade bende pun.Aku selalu kacau dia buat keje,tapi dia tak marah,dia cuba melayan aku.Cuma kalau dia betul-betul sibuk baru dia diam,tapi lepas tu dia cari aku balik.Kalau aku ada masalah,dia akan cuba sedaya upaya membantu aku.Kalau dia tak mampu bantu selesaikan pun,dia akan cari jalan untuk kembalikan senyuman di bibir aku semula.Aku tahu dia taknak aku terus bersedih.Sepanjang aku kenal dia,aku rasa dialah lelaki yang paling sabar layan kerenah aku.Pernah sekali tu,aku muntah depan dia tau.tapi sedikit pun dia tak berganjak dari tempat duduknya.Aku pandang dia,nampak ada wajah kerisauan.Dia bantu aku membersihkan muntah yang aku rasa aku sendiri pun tak lalu nak tengok.Sikap dia itu,membuat aku bertambah sayang.Dalam hati aku mengharapkan hubungan yang terbina lebih dari seorang kekasih.Alhamdulillah,dah setahun dah hubungan kami.Namun,pada tanggal 16 Disember 2013,telah menjadi titik hitam dalam kamus hidup ku.Hadirnya wanita lain menemani sepi hari-hari dia tanpa aku disisi.Aku lihat kemesraan mereka,hati ku sakit.Aku cemburu,aku kecewa.Aku takut dia tinggalkan aku.Aku tak ingin kan perpisahan.Aku tak boleh terima dia bermesra dengan wanita lain.Aku sayang dia.Kenapa dia aku macam tu?kenapa harus ada orang ketiga?Apa akan jadi pada aku selepas ini?..Pelbagai-bagai persoalan bermain-main difikiran.Aku bermonolog dengan diri sendiri.Aku berperang dngan jiwa.Jantung aku berdegup kencang bagaikan meronta mintak dikeluarkan.Hati rasa macam ditoreh-toreh dengan pisau tajam.Ini bukan aku yangreka,tapi itu lah hakikat sebenar yang aku rasa.Banyak kali aku menyebut nama Allah,aku sudah tak terdaya lagi.Surah Yassin aku alunkan berulang-ulang kali.Pada saat itu,aku terbaring lesu,maka muncul satu persatu perbuatan yang telah aku buat dalam tak sedar kepadanya.Gambaran itu aku lihat seperti video yang dimainkan di layar putih.Subhanaallah..aku yang berdosa selama ini....

#kini aku di buru perasaan bersalah.Seandainya aku di beri peluang kedua,aku akan menggunakannya sebaik mungkin.


No comments:

Post a Comment