Pages

Tuesday 10 March 2015

Cinta Tak Seharus Memiliki

Aku pernah dicinta,dan aku pernah diluka....


        Ceritaku bermula,apabila hadir seorang lelaki menyuluh cahaya dalam kegelapan hidup aku.Pada awalnya,aku agak kaku menerima layanan dari orang yang aku sendiri tak kenali,tapi jalan yang telah Allah atur untuk aku,membawa aku ke gerbang kebahagiaan.Hari makin hari,bunga hati kami semakin berputik dan mengembang mekar di taman cinta.kalau dulu,dia adalah orang asing tapi lepas sebulan dia adalah cinta hatiku.Bagi aku dialah segalanya.
        Layanan dia,senyuman dan sentuhan lembut dipipiku,amatlah aku rindukan setiap kali aku menghembuskan nafas.Memang orang akan fikir,apalah gunanya cinta sebelum nikah,sedangkan ada hubungan halal yang lagi membahagiakan selepas nikah.Ya,aku sokong kenyataan tersebut,tapi.....tulah,sebagai seorang pelajar macam aku,komitmen selepas nikah amatlah berat.Jadi,aku amik keputusan untuk tangguhkan dulu angan-angan nak naik pelamin (walaupun dalam hati teringin)..Dia pun galakkkan aku untuk terus fokus belajar,benda lain tolak tepi dulu,tapi tak tolak dia la..dia masih ada dalam hati..hiks..
        Masa aku menuntut di matrikulasi,dia sangatlah amik berat pasal aku,sampaikan ada satu ketika tu,aku nak keluar sebab nak beli sabun (rajin membasuh,memang cepat la habis sabunnya) ,aku cakaplah dekat dia,lepas tu dia cakap dia yang nak bawakkan.Alahai sayang oi,baiknya awak..kalau ikotkan hati aku tak nak susahkan dia,tapi nak buat macam mana,dia dah cakap macam tu.so kene ikot la..sayangkan??
       Tak abis kat situ,dia rajin juga bawak aku jalan-jalan.Paling tak boleh lupa kenangan di Cameron Highland.Nak cerita ke tak nak ek??erm...tak payah la..Nanti aku sedih pula.Biar kenangan tu aku simpan sendiri.
       Bila aku di UMK,semuanya berubah....kerap gaduh...salah faham...terabai..dan macam-macam lagi jadi dekat kami.Benda-benda yang jadi tu macam bagi hint je seolah-olah tak lama lagi aku akan kehilangan dia..Pup..memang tepat tekaan ku..tepat jam 3pagi,10 Disember 2013..sah aku kembali single.Subhanaallah..hanya Allah je maha mengetahui sakitnya aku saat itu.Separuh dunia aku lenyap ntah kemana..aku tenggelam dalam linangan airmata.Memang sangat sulit untuk aku gambarkan keadaan aku saat itu...

#Benarlah kata orang,cinta tak semestinya memiliki..dan terus terang aku kata,sampai ke saat ini,aku masih cintakan dia walaupun dia milik orang lain.
     

No comments:

Post a Comment