Pages

Saturday 14 March 2015

Hari bahagiamu,duka bagiku..

Baru beberapa hari aku menulis, semalam terjadi suatu perkara yang menampar relung hatiku ini..Dalam kebosanan,aku pun pergilah amik fon..scroll Facebook..scroll punya scroll,tiba-tiba...
 aku nampak satu gambar.Sebab fon aku screen tak besar mana,so nampak samar-samarlah gambar orang bersanding atas pelamin.Lama aku tengok gambar tu.Dalam hati 'macam aku kenal je mamat ni'..Aku tenung lagi gambar tu,lantaran dengan itu serta - merta sappp!! mcm kena libas hati aku ni.Sakitnya,subhanaallah..tuhan saja yang tahu.

     Memang tak pernah aku bayang akan mengalami saat perit ni sekali lagi dalam hidup aku,sekali dulu masa aku di matrikulasi,yang ni pula masa aku kat universiti.Tak tahulah masa aku keje nanti macam mana pulak..Susah nak aku gambarkan perasaan aku tatkala aku menatap gambar orang yang pernah aku sayang, duduk bersanding atas pelamin bersama wanita lain.Kalaulah mampu aku mengundurkan masa,sumpah aku akan jaga dia betul-betul..tapi tulah dinamakan jodoh ketentuan dari Allah.Sayang macam mana pun kita,kalau Allah kata tu bukan jodoh kita,maka bukanlah..Allahualam..

#Aku tahu bahagiamu bersamanya, aku juga tumpang bahagia..buangkanlah semua kenangan kita,agar tiada sengketa antara kita..semoga kau tahu,akulah insan yang paling menyayangimu suatu ketika dahulu..Selamat bahagia cinta lama..


No comments:

Post a Comment