Pages

Saturday 21 March 2015

Perjalanan seorang sahabat..

Selalu cerita aku pasti pasal cinta,tapi sekarang dengan berbesar hatinya aku nak kongsi cerita pasal aku dengan 'someone special',bukan lelaki tapi perempuan..klau sudi nak tahu,marilah..
       Sejak dari zaman sekolah tadika lagi,aku jarang nak ada kawan rapat (Best Friend Forever kata org).Bagi aku semua orang adalah kawan aku.Memanglah kepada yang mengenali aku akan kata aku tipu sebab nampak aku selalu je bergerak dalam kumpulan,maksud macam tak berseoranganlah. Walhal hakikat sebenar,aku jalan je dengan sesiapa pun yang sudi nak jalan dengan aku.
       Semasa aku di darjah 4,adalah seorang budak perempuan kelas aku ni,nak kata rapat,tak rapat sangatlah.Aku suka cara dia,dia lembut dan bersahaja.Tapi adalah kadang-kadang tu dia menjengkelkan aku dengan sikap dia yang lembut tu,menampak dia macam gedik sikit.Jadi,aku pun kawan je dengan dia macam biasa,tak pernah terlintas pun dekat otak aku ni nak tegur atau nak menghakimi sikap manje terlebih dia tu.Tiga tahun aku dengan dia,belum cukup untuk aku mengenali siapa dia yang sebenar,walau berpuluh tahun sekalipun,untuk mengenali sepenuh perwatakan kawan kita,memang amat mustahil.Betul tak??
      Ok beralih pula bab aku mula rasa dia adalah kawan baik aku adalah bila aku mula perasan perubahan hati aku waktu disekolah menengah.Masa tu,kami memang dah berlainan kelas,tapi masih dalam aliran yang sama.Setiap kali jumpa,mesti macam-macam yang kami borak,dari pelajaran sampailah hal2 percintaan..hihi.memang gatal sikit kami masa ni,biasalah budak-budak baru nak up.Nak bandingkan aku dengan dia,aku ni lagi licik dari dia dulu.Tapi terus terang aku kata,setiap perkara jahat yang aku buat,aku tak pernah tergamak nak babitkan dia sekali.Kalau boleh aku tak nak langsung dia jadi macam aku.Sebab tu bila aku dengan dia,aku jadi orang yang paling tenang.Pernahlah ada suatu ketika tu,aku ada boyfie,1sekolah tau ni.(kira macam 'Couple of the Year' la) haha,seronok bercinta masa tu,kentut pun wangi.agagaga..
       Tiap kali aku nak ber'dating',aku akan ajak dia,sebab 'dating' kat sekolahkan.Dia pun bolehlah amik peluang dating ngan boyfie dia tapi tak selalu sangat lah boyfie dia nak datang.Bila lama-lama perkara ni berlarutan,boyfie aku rapat dengan dia,aku tahu.Tapi tulahkan bila bahagia,pasti ada mata-mata dengki yang memerhati,maka keluarlah kenyatan 'Kawan aku nak rampas boyfie aku lah','mereka macam ada apa-apalah',bla..bla..bla..Mulut orangkan,mana kita mampu tutup pun.Jadi aku diam je.Memang aku nampak kawan aku tu rapat dan mesra dengan boyfie aku,tapi ntah.Tak ada rasa nak marah pun,cemburu jauh sekali.Kalau pun boyfie aku nak dekat kawan aku tu,aku tak kisah.Sebab aku percaya dengan kawan aku,bukan percaya kata orang dekat luar sana.Dan alhamdulillah..kepercayaan aku pada dia,masih teguh lagi sampai sekarang.
       Dulunya insan yang gedik dimata aku,dialah sebenarnya kawan terbaik yang aku ada.Kekurangan diri dia,sesuatu yang unik,dan aku sudah terima dia seadanya.Aku harap,persahabatan aku dengan dia biarlah sampai ke Jannah,meskipun andai ditakdir Allah,aku ke Neraka,aku berdoa,dia tak ikut aku sekali..Akhir kata,aku sayang kau wahai sahabat INTAN NORSUHANA....





No comments:

Post a Comment