Pages

Friday 11 December 2015

K.A.W.A.N

Rasa macam dah lama tak mencoret disini. Hidup sehari2 sebuk dgn kerja yg melambak. Maklum la sekarang anim dah masuk tahun 3, kerja bkn setakat double je, da triple da pn trmasuk la assigment, report, mini projek, bsuh bju, rapi kn kelengkapan dri, jga hati org.. eh, tiba2 hati org pn trmsuk dlm tugasankan..haha..lawak sngt..tp lawak2 pn tu la hakikat....

Dulu ayah sllu pesan "Nanti bila kmu da besar,kmu akn jumpa dgn mcm2 jenis org dn mcm2 jenis prngai, masa tu, jgn sesekali kamu ikotkan perasaan,kmu kena kuatkn hati dn bnykkn sabar klau kmu nak brjaya dlm hdup". Bila meningkat usia ni baru anim faham makna kata2 ayah tu. Dalam sehari anim jumpa dngan bepuluh2 org walhal adakala sampai beratus2 orang, dan setiap org trsbut mmpunyai perangai yg brbeza. Perangai sesetengah tu pulak kdg2 menyakitkan hati,kdg2 bg kita happy. Kdg2 bg kita menangis. Hmm.. trlalu bnyk kdg2 utk anim ungkapkan. Contoh yg agak simple kawan. Kita akn rasa yg kita kenal siapa kwn kita, tapi prcayalah hakikat sebenar, semakin kau rapat dengan dia, semakin kau tak kenal siapa dia yg sebenarnya. Mmglah mula2 kau baik dgn dia,mna2 prgi mesti ada dia disisi. Makan, jalan2, pergi kelas, smualah mesti nak dgn dia. Tapi, satu hari bila Allah uji tali prshbatan kau dgn cara Allah tarik sedikit nikmat kemewahan kau nescaya saat tu, kau akn trduduk menangis. Sebab apa kau tau? Sebab kwn yg slma ni kau anggap kwn tu sebenarnya tak pernah peduli pun pasal perasaan kau. Malah dia ukur nilai prsahabatan kau dgn sesuatu bkn dgn hati yg ikhlas. 

Anim bukanlah nak menyalahkan kawan. Kawan tu sebenarnya penting,klau tak ada kawan, pada siapa kita nak brtanya klau sesat jalan dn pada siapa lagi kita nak menumpang kasih bila jauh dari keluarga. Kawan umpama keluarga kedua kita. Tapi kita harus ingat setiap apa yang kita lakukan kena ada batasnya. Boleh brkwn tapi jngn letakkn harapan trlalu tinggi yg dia akn ada dngan kau 24jam. Buat stu jurang kecil utk msing2 punya masa sendirian. Hormat privasi org lain. Dan yg trakhir, jauhkan diri bila rasa mara. Kalau anim, anim lebih memilih untuk berdiam diri, sebab anim tau klau sekali anim marah, org akn benci anim seumur hidup. Jadi lebih baik anim diam, dari anim menyakiti sesiapa. Anim prnah trbca psal ni, "sesiapa yang mampu mengawal amarah, sedangkan dia mampu melempiaskan, di padang Masyar Allah janjikan bidadari syurga untuknya." tapi tu tak brmakna anim buat sbb bidadari, anim cuma buat kerana anim redha dgn dugaan Allah. Jngn sangka, bnci org, mrh org, dn iri hati itu bnda biasa. Itu semua dugaan, tuhan nak uji ketabahan hati kita. 

Jadi kesimpulan dari cerita panjang lebar tak berisi anim ni adalah hati-hati dalam brkawan. Jgn perjudikan hati dn perasaan sendiri untuk sesuatu yang tak pasti. Kalau orang baik dengan kita, baiklah balik dengan dia, tapi sekiranya dia jahat dengan kita, janganlah kita ikut langkah seperti dia. Tegur dan nasihatkan dia. Tapi seandainya tak mampu, jauhi dia, ambil masa untuk lupakan. Insyaallah, hdup akan tenang selamanya.. Sekian..

No comments:

Post a Comment