Pages

Friday 18 January 2013

Me in KMPk

Tambah,tolak,darab kemudian bahagi..Kira berkali -kali.Then tampa pipi sendiri sambil kata "aku bermimpi ke??"

Apa yang berlaku??Klik:-


Sebenarnye anim sekarang tengah terkesima memikirkan,da nak masuk bulan dua dah.sekejap betul masa berlalu.Rasa macam baru semalam anim mendaftar masuk untuk d'KMPk.Hurm,ada seminggu jew lagi masa tinggal sebelum UPS (Ujian Pertengahan Semester).Selepas UPS..cuti..Hurayy!!!boleh balik kampung jumpa family.Tapi,sebelum tu anim kena selesaikan dulu tanggungjawab anim sebagai pelajar.Mak ayah mesti nak yang terbaik dari anim.Anim pula teringin nak hadiahkan mereka keputusan yang cemerlang.Tapi macam mana??Sifat malas dan menangguh kerja pada diri anim selalu wat anim jadi lalai.Pastu da 'last minute' baru nak terkecoh-kecoh..bila tak dapat buat sedih,pastu stress..apa yang mampu anim buat adalah MENANGIS..anim selalu bazirkan airmata anim ni untuk perkara tak penting..bukan nak usaha ke apa ke..nangis je tau..ish2..(tapi korang jangan ikut perangai anim tau,tak bagus).

Kehidupan di   KMPk banyak memberi anim peluang untuk merasai sendiri kepayahan hidup dalam mengejar cita-cita.Bak kata pepatah 'bukan senang nak jadi senang,dan bukan susah nak jadi susah".Cikgu anim selalu cakap nak berjaya perlu ada matlamat dan tujuan yang jelas baru kita boleh berjaya.Alah,macam kita nak pergi suatu destinasi la,tapi kita tidak tahu destinasi yang mana kita nak tuju.Persoalannya sampaikah kita ke destinasi itu??Anda sendiri boleh menilainya.Namun begitu setiap yang kita lakukan pasti ada rintangan,sama ada kita mampu menghadapinya ataupun kita mengalah.

 Anim pun kadang-kadang rebah juga bila d'beri ujian yang berat oleh Allah S.W.T tapi anim fikir satu je,Allah tak akan memberi dugaan kepada umatnya,kalau umatnya tak mampu.so kalau kita dapat ujian dari Allah sama ada yang berat ataupun ringan maknanya kita mampu menghadapi.Bila kita d'beri ujian oleh Allah,fikirlah mungkin Allah sedang menguji kita atau mungkin Allah mahu melihat sejauh mana kesungguhan kita beriman kepada Allah.Sama-samalah kita renungkan..

Kenangan Semester 1 di KMPk....

 Ni semua kawan-kawan anim dari sekolah lama.Jumlah pelajar sekolah anim yang ada d'KMPK adalah seramai 9orang(ada sorang tiada dalam gambar sebab tengah ambil gambar),masing-masing berlainan kelas .Tapi anim dengan lelaki berbaju merah yang kacak tu sama kuliah tapi kelas berbeza..hehe..dia sangat hot sekarang.Yang lain pun tak kurang hebatnya,otak mereka otak "STUDY"..hari-hari stdy,anim je yang malas nak stdy..hehe..

Ok yang ni pula roomate anim,nama dia Hartini,tapi anim panggil tini jew.Dia sangat baik dan mesra alam.Bak kata orang 'TERBAIK DARI KILANG'lah.Gambar ni diambil masa beriadah waktu petang,konon berjogging tapi jog 2-3 langkah jew,pastu jalan cuci mata.hehe...Cantik an permandangannye.??Ha,ni la tempat orang main golf.Tapi golf atas bukit.(biasalah,KMPk kan atas bukit dan keliling bukit,so padang golf pun atas bukit juga la.)

 Gambar ni pula diambil masa pesta tanglung.Best sangat.1st time merasai tau,sebelum nie dengar orang cakap jew..




Tiga gambar diatas ni pula diambil sebelum nak masuk chemistry lab.Ada macam Doktor tak??hehe..semua ni kawan-kawan kelas anim.Yang pakai tudung pink tu PNGK 4.0 tau.Awesome..pehh!!

No comments:

Post a Comment