Pages

Tuesday 21 May 2013

Bila kemanisan cinta berlalu pergi..


BILA KEMANISAN CINTA BERLALU PERGI...
Tahun 2012,aku mengenali seoang lelaki di laman muka buku.Diawal perkenalan , dia amat menjengkelkan.Dengan sikapnya yag bersahaja,menghantar mesej hampir setiap kali aku online,membuatkan aku berasa rimas. “Tolonglah,jangan ganggu aku lagi!,”hatiku berkata-kata sendiri.Perkara itu berlanjutan hampir sebulan perkenalan dan seama sebulan itulah dia tidak pernah jemu memancing hatiku.Hampir 3kali nomborku dimintanya,namun menemui kekecewaan,apabila aku memberikan pelbagai alasan.Dia tidak pernah berputus asa,dia akan terus cuba dan mencuba.Akhirnya,pada suatu hari,jeratnya mengena diriku.Berumpankan soalan bersyarat,aku terpana apabila terlanjur membuat janji dengannya.Dia pua jenis yang menuntut janji dari si penjanji.
Bermula dari itu,kami saling menghubungi antara satu sama lain.Mesej dan call,menjadi makan rutin buat kami berdua.Aku cuba menafikan perasaan yang muncul d'hatiku,ego jua cuba ku tinggikan.Akan tetepi kuasa cinta anugerah illahi mengukap segalanya,aku tak mampu menyembunyikan lagi perasaan ku ini.Renungan matanya buat aku terpana,senyum tawanya buat aku terkesima,inilah dinamakan cinta dunia.Aku tak mampu berbuat apa-apa,hati suda terpaut pada si dia jejaka yang berjaya mencuri hati ku ini.
Dari perkenalan biasa menjadi sebuah cerita cinta.Aku dan dia menjalinkan kasih.Namun dek kerana kehidupan ku sebagai ku sebagai pelajar membataskan pergerakkan ku,kamipun bercinta jarak jauh,cuma apabila tiba cuti hujung minggu,dia akan datang membawaku bersiar-siar di kota raya.Semakin hari semakin mekar cintaku padanya.Dia melayani ku dan menjaga ku bagai menatang minyak yang penuh.Apa sahaja keinginan ku,pasti cuba diturutinya.Segala gerak geri ku,pelajaran ku serta sikap ku jua,akan dipantaunya sehari-hari.Tidak aku merasa diri ku d'kongkong,cuma kadang-kadang hasutan syaitan membuat aku bertindak luar jangkaan menyebabkan dia terluka,maka berlakulah perselisihan faham antara kami berdua.Walaupun begitu,pergaduhan yang berlaku tidaklah lama,dia pandai memujuk hatiku..Amarah ku juga sekejap sahaja membuatkan kami cepat damai.Alhamdulillah mungkin Allah memberikan dia kepada ku,untuk melengkapi kekurangan ku dan sebaliknya juga pada dia.
Kata orang,jangan yakin panas akan sampai ke petang kerna hujan kadang kala akan turun di tengah hari,begitu jugalah dengan percintaan,jangan d'sangka kemanisan bahagia cinta akan berkekalan selamanya,kerna pasti duka akan datang menyulami.Disebabkan laman sosial,aku dan dia bergaduh besar,masing-masing tak mahu mengalah,dia dengan egonya,dan aku dengan egoku.Kata hati diikutkan,menyebabkan dua-dua merana.Akhirnya aku hanya mampu menadah tangan dan berdoa..

Bismillahirahramnirahim...
ya Allah,tuhan yang maha besar lagi maha pegasih,aku hamba mu yang hina,menadah tangan memohon kepada mu,andai telah kau catatkan dia jodohku,dekatkanlah dia denganku,berkatilah hubungan yang telah kami bina ini.Akan tetapi,andai dia bukan ditakdirkan untuk ku,bawalah dia jauh dari hidupku,peliharalah aku dari rasa kecewa.Sesungguhnya,hanya pada-Mu,aku meminta..amin...


Setelah seminggu perkara ini berlarutan,kami mengambil keputusan untuk berbaik semula dan memulakan kehidupan baru.Alhamdulillah,berkat doa yang tak putus-putus,aku dan dia kembali seperti dulu.Pada March yang lalu,dia telah menyuarakan hasratnya untuk melamarku lepas raya ini.Apa pun keputusannya,tunggu lepas raya la ek..ok guys,don't forget,pray for me k.tq...bye...

No comments:

Post a Comment