Pages

Wednesday 6 November 2013

Catatan pahit buat aku..

Kadang-kadang kita tak sedar pun sebenarnya kita telah jatuh cinta pada orang yang pernah dekat dengan kita.Kerna tiap kali rasa itu tercuit,kita pasti cuba untuk menepisnya dengan pelbagai cara dan perlakuan.Namun,sajauh mana kita cuba lari dari perasaan itu,pasti akan ada sedikit kesakitan yang menanti.Seperti kisah aku...


Diawal perkenalan,saat aku terpandang wajahnya,hati ku berdebar-debar.Wajahnya yang mirip kekasih lama,telah membawa aku untuk mengimbas kembali kenangan indah bersama si dia.Aku terpana melihat wajahnya yang bersahaja menegur ku.Aku cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku.Padahal,dalam hati ini,berperang melawan tangis dalam sendu yang telah lama aku pendam..Mungkin aku tak sepatutnya berperasaan begitu,kerna di depan aku bukan orang yang aku cinta,tetapi hanyalah orang yang mempunyai wajah miripnya.

“BANGUNlah Hanim!!BANGUN!!Jangan mimpi lagi..dia telah lama pergi,dan tak mungkin dia mampu kembali..”Teriakan kecil dari hatiku menyeru agar aku kembali ke dunia nyata.

Aku melalui hariku seperti biasa.Kisah itu,aku lupakan.Hari berganti hari,aku sering terserempak dengan dia,dan sering juga kesmpatan itu aku gunakan untuk mengamati wajahnya dalam-dalam.Sumpah aku rindu pada kekasih lama yang telah pergi mengahadap illahi 2tahun yang lepas.Wajahnya yang mirip membenarkan aku mengubati rindu dihati ini.Alhamdulillah..

Pada suatu malam,aku telah mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Universiti yang aku menetap sekarang.Dia juga sertai program tersebut.Masa pergi,berlagak biasa je,sebab tak nampak dia.Masa balik tu,aku amik kesempatan borak dengan dia.Walaupun dalam gelap,aku masih boleh nampak muka dia.Tapi....pandang curi-curi je,sebab tak selesa kalau dia tahu aku pandang dia.Kami borak pasal hafazan surah.Rupanya dia dah hafal 3surah berserta maknanya sekali.Wah,terpegun aku seketika.Aku ni,baru merangkak2 menghafal surah YAASIN beserta makna.Aku memang respect pada dia.Susah nak cari anak muda macam dia sekarang.Oleh sebab kekangan waktu tak mengizinkan,perbualan kami terhenti disitu.

Keesokkannya pula,aku bersama rakan sebilik serta rakan yang lain keluar membeli-belah di Rantau Panjang.(Dia pun ikut sekali tau).Mulanya,aku memang excited,mana taknya,aku duduk sebelah dia kot.Tapi yang tak bestnya,tak sampai separuh jalan lagi,aku dan dia sudah mula bertelagah.Dia asyik nak menang je bila bercakap.Taknak langsung dengar cakap orang.Haish..ada sekali tu,aku nak buang air sangat,boleh dia suruh aku buang air dalm botol (apa dia ingat aku ni lelaki ke,kencing bersepah).Sabar je aku masa tu..Pastu dia suh aku kencing kat tepi jalan pulak.Biadab!!bertambah geram pulak aku rasa..Muka aku jadi  merah sebab tahan marah(walaupun sebenarnya tak marah benor pon,aku tahu dia nak bergurau).Sepanjang seharian tu,bergaduh je lah keje kami dalam kereta tu.Macam anjing dengan kucing.Penumpang2 dekat belakang,gelak je lihat gelagat aku dan dia yang tak berhenti bergaduh.Ada sahaja benda yang boleh jadi punya tercetusnya pergaduhan.

Masa tu,aku terasa sangatlah menyesal mengenali lelaki senget macam dia.nampak je muka baik,pijak semut tak mati,padahal nakalnya,nala punya,pijak anak gajah pun mati macam tu.Sakitnya hati kat dia,sampai aku cakap aku tak pernah mengenali dia,dan berharap dia juga tidak mengenali aku.huu..puas hati aku.TApi masalah tak henti disitu,roomate aku duk kenen2kan aku dengan mamat senget tu.Memang tak lah kan.Tak hingin aku dengan dia.Bagi free pun aku tak nak.

#Sesungguhnya kuasa Allah maha Besar.dengan sekelip mata sahaja Allah mampu meniupkan rasa cinta ke dalam hati kita,seperti yang aku alami kini.sakit..bila cinta itu untuk orang yang kita benci. :'(

No comments:

Post a Comment